Tuesday, 13 May 2014

Anda di sini: Laman Utama | Nasional »

Bekas MB Terengganu, Ahmad Said keluar UMNO

email
comments
KUALA LUMPUR: Beberapa jam selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Isnin, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar dari parti UMNO.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas.

"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta.

Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal," katanya dalam surat tersebut.

Keluar UMNO Ahmad Said
Surat keluar parti Datuk Seri Ahmad Said yang diemailkan kepada AstroAWANI.

Seorang lagi ADUN dari UMNO, iaitu Ghazali Taib yang merupakan ADUN Ajil juga telah isytihar keluar dari parti tersebut.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ahmad Said dalam satu email kepada Astro AWANI.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa Isnin.

UMNO Keluar
Surat keluar parti ADUN Ajil, Ghazali Taib yang diemailkan kepada AstroAWANI.


Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu malam tadi.

Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi DUN Terengganu di mana PAS menguasai 14 kerusi DUN manakala PKR pula satu kerusi.

Baki dua lagi adalah calon bebas.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my

Komen (2)

0
avatar zawawi omar
zawawi omar· 19 jam tadi
kami rakyat terengganu...mahukan negeri jadi aman makmur..walaupn pertukaran pemerintah...
+5
avatar maharani
maharani· 18 jam tadi
Saya rakyat jati Terengganu. Bagi saya YB amat prihatin dan mesra rakyat. Sejujurnya saya berasa sangat senang berada di bawah pentadbirannya. Saya tak tahu apa yang bergolak di dalam parti UMNO Terengganu. Cuma sebagai seorang rakyat Terengganu berasa sangat rugi jika kita kehilangan seorang pemimpin berani dan ambil berat.

Kemukakan komen baru

No comments:

Post a Comment