518 panggilan kebakaran hutan diterima di Kelantan
Tarikh: May 4, 2014
KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan menerima 518 panggilan membabitkan kebakaran hutan, belukar dan lalang dalam tempoh Januari hingga awal bulan ini.
Timbalan Pengarah Bomba Negeri Kelantan Razali Awang Mat Salleh berkata jumlah panggilan itu adalah 300 peratus lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas yang hanya menerima antara satu hingga dua panggilan sehari melibatkan kebakaran belukar.
"Tahun ini, kita menerima antara 15 hingga 20 panggilan kebakaran belukar sehari dan pihak bomba memandang serius perkara ini," katanya kepada pemberita selepas Hari Anggota Bomba 2014 Peringkat Negeri di Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa di sini, hari ini.
Beliau berkata peningkatan jumlah panggilan itu adalah berikutan keadaan cuaca panas terik.
"Pihak kami sentiasa membuat persiapan dengan mencari sumber air terbuka bagi memastikan kerja-kerja memadam kebakaran lancar," katanya.
Razali Awang berkata antara punca kebakaran ialah kerja-kerja pembersihan kawasan yang dilakukan oleh petani selain pembuangan punting rokok oleh mereka tidak bertanggungjawab.
Beliau juga meminta orang ramai tidak melakukan pembakaran terbuka di musim kemarau ini.
"Tahun ini, beberapa kawasan baharu seperti Tumpat dan Kuala Krai terlibat dalam kebakaran belukar. Sebelum ini, kebakaran berlaku di Bachok dan Rantau Panjang," katanya. - Bernama

No comments:
Post a Comment