‘Tergamak mereka aibkan saya’
Bukan hanya kena maki hamun, malah pelakon senior yang pernah di angkat sebagai Ratu HVD dan kini bergelar produser, Tasha Aziz teruk dikecam dan dihentam menerusi laman Facebook (FB). Semuanya disebabkan isu bayaran tertunggak terhadap sebilangan pelakon yang membintangi drama bersiri terbitannya, Apam Lemak Manis. 

Menerusi syarikat produksinya, Temenggong Pictures Sdn Bhd, Tasha gagal menjelaskan baki bayaran sebanyak 40 peratus. 
Dakwa Tasha bukan mahu menipu, sebaliknya kelewatan itu disebabkan proses penyuntingan dan beberapa masalah teknikal yang timbul menyebabkan drama arahan Hamdan Yasin itu ditolak stesen TV dan banyak kali terpaksa diubah semula. Ia juga menyebabkan kelewatan kelulusan bayaran daripada stesen TV. 


Dua minggu lalu, B*POP mendedahkan beberapa pelakon naik berang dan menuduh Tasha liat membayar duit kerja mereka. 

Mereka juga mendakwa Tasha melarikan diri dengan tidak menjawab panggilan telefon dan SMS, sedangkan, Tasha sebelum ini sudah menjelaskan kepada beberapa pelakon senior masalah yang dihadapi, namun ada segelintir yang tidak dapat menerima. 

Sebaliknya, mereka terus mengecamnya dalam laman FB. 

Apam Lemak Manis dibintangi oleh Najua P Ramlee, Zila Bakarin, Aleza Shadan, Khaty Azean, Shahriza Mahmud, Sharonizam, Ayda Jebat dan ramai lagi. B*POP mendapatkan penjelasan Tasha.... 
Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini