Mungkin benar pengakuan Raja Dalelah
Tarikh: April 30, 2014
DAKWAAN seorang wanita yang baharu pulang dari umrah telah melihat bangkai pesawat di perairan Laut Andaman mungkin ada benarnya.
Ini kerana berdasarkan dakwaan yang dilaporkan syarikat GeoResonance kelmarin, yang membuat pencarian sendiri pesawat tersebut sejak 10 Mac lalu, mengesan objek berkemungkinan sebuah bangkai pesawat di Teluk Benggala berdekatan dengan perairan Laut Andaman.
Berdasarkan laporan wanita tersebut, Raja Dalelah Raja Latife, 53 mendakwa melihat bangkai sebuah pesawat yang sebahagiannya tenggelam dan sebahagian lagi timbul di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya itu melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.
Raja Dalelah yang ketika itu berada dalam pesawat milik Penerbangan Saudi SV2058 dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi(8.30 pagi waktu Malaysia) telah melewati kawasan bandar Chennai di India sebelum memasuki ruang udara di perairan Laut Andaman.

No comments:
Post a Comment