PERTH: Sebuah pesawat penumpang berpatah balik di Lapangan Terbang Perth, pagi ini dan melakukan pendaratan cemas selepas salah satu enjinnya terbakar sebaik berlepas.
Penumpang pesawat Cobham Aviation memberitahu, mereka melihat api marak dan asap dari enjin yang terbakar sebaik pesawat berlepas jam 10.30 pagi waktu tempatan.
Pesawat bagaimanapun berjaya berpatah balik dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Barrow Island.
Cobham Aviation Services dalam satu kenyataannya berkata, pesawat BAE 146 empat enjin itu kembali ke Lapangan Terbang Perth jam 10.53 pagi.
Katanya, kejadian berlaku ketika pesawat sedang naik ke ruang udara apabila enjin nombor duanya tiba-tiba terbakar.
Ketika kejadian pesawat membawa 92 penumpang, dua juruterbang dan tiga anak kapal dan semua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.
Penumpang pesawat, Jason Grimmett, berkata kejadian berlaku kira-kira 10 minit selepas pesawat berlepas. "Saya duduk di sebelah kanan enjin dan tiba-tiba kepulan asap keluar dari enjin.
"Minyak bertaburan di udara sebelum api menyambar dan keadaan panik ketika itu namun juruterbang bertindak pantas untuk menutup saluran minyak," katanya. - ABC News
KUALA LUMPUR: Peralihan Malaysia kepada subsidi disasarkan dengan pelan penstrukturan semula subsidinya dan cadangan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP), adalah dasar yang baik dan akan memberi manfaat kepada mereka yang benar-benar memerlukannya, kata Pengarah Negara Bank Dunia, Ulrich Zachau.
KUANTAN: Kerajaan negeri menggariskan tiga perkara utama dalam usaha membangunkan dan memakmurkan Pahang dengan mengutamakan rakyat dalam pelbagai aspek termasuk ekonomi dan sosial.
KOTA SAMARAHAN: Sarawak akan mengikut keputusan dan pendirian yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap usul rang undang-undang persendirian bagi melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
KUALA LUMPUR: Keperluan mengisi maklumat bangsa dalam borang tertentu berkaitan urusan kerajaan hanya terhad dalam situasi tertentu bagi memenuhi kehendak Perlembagaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun.
PERTH: Dua pesawat C-130 Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadualkan pulang ke Malaysia malam ini selepas pencarian dari udara untuk pesawat MH370 digantung berikutan peningkatan pencarian dalam laut.
KUALA LUMPUR: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mencapai matlamat penubuhannya dan perlu diteruskan demi pembangunan jati diri generasi muda, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
PUTRAJAYA: Pemantauan suhu badan ke atas mereka yang memasuki negara ini menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) akan diteruskan bagi mengesan Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV).
GUA MUSANG: Seramai 29 penumpang bas ekspres terselamat selepas kenderaan itu terbabas ke dalam parit di Kilometer 3.5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Bandar Utama di sini, hari ini.
BENGHAZI, Libya: Satu letupan berlaku di kem tentera darat di Benghazi hari ini, menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala beberapa yang lain cedera, menurut sumber keselamatan dan perubatan.
KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan menyatakan ia tidak mempunyai kuasa untuk menyekat orang ramai daripada bermain wau berhampiran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa di sini.
KUANTAN: Bekas pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pahang hari ini dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menerima rasuah dan mengemukakan invois palsu kepada majikannya pada 2011.
KUALA LUMPUR: Peraturan yang memerlukan pendaftaran biometrik untuk rakyat Malaysia yang memohon visa ke India ditangguh selama sebulan berkuat kuasa hari ini.
KEPALA BATAS: Hospital Kepala Batas di sini akan menyediakan perkhidmatan urut selepas bersalin untuk mereka yang memerlukan rawatan susulan mulai tahun depan.
IPOH: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) melancarkan Modul Pemahaman Aqidah Ahli Sunnah Jamaah Negeri Perak bagi membendung kegiatan pencemaran akidah daripada terus berleluasa.
KUALA LUMPUR: Jangan mudah terpedaya membeli ubat atau produk kecantikan melalui internet, tanpa pengesahan pendaftarannya, kerana ia mungkin produk yang memudaratkan kesihatan.
GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atas seorang pekerja kelab malam yang menyebabkan kematian seorang warga emas wanita, dua tahun lalu.
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi merasmikan majlis penjenamaan semula identiti korporat Pelaburan MARA Berhad (Pelaburan MARA) dan pelancaran entiti terbaharunya, PMB Tijari Berhad.
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan menerima kunjungan hormat Anggota Jawatankuasa Kerja Tertinggi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) di Istana Negara di sini.
KUALA LUMPUR: Malaysia akan mula mengadakan perbincangan dengan Australia hari ini berhubung kos pembiayaan aset dalam operasi mencari pesawat MH370 di Lautan Hindi yang kini masuk fasa kedua iaitu pencarian di dasar lautan yang lebih dalam.
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menggesa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya meningkatkan mutu pengadilan Liga Malaysia bagi mengelakkan keraguan penyokong hingga mencetuskan keganasan di stadium.
SANDAKAN: Kesatuan Guru-Guru Sabah (STU) mahu Elaun Khas Mengikut Lokasi (Elaun Pedalaman) dan Elaun Balik Kampung bagi guru anak negeri Sabah yang bertugas di kawasan luar bandar dan pulau di Sabah dikaji semula dengan mengambil kira faktor semasa.
KAJANG: Seorang lagi individu dipercayai terbabit dengan kegiatan militan ditahan di Kuala Lumpur pagi tadi menjadikan jumlah keseluruhan yang ditangkap ialah 10 orang.
MELAKA: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperuntukkan geran tahunan berjumlah RM302.2 juta tahun ini untuk disalurkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.
JOHOR BAHRU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot pukat tunda tempatan yang disyaki menceroboh kawasan zon nelayan pantai berhampiran Pantai Rengit di Batu Pahat, kelmarin.
LUBUMBASHI, Congo: Antara 100 dan 200 mangsa nahas kereta api Selasa lalu di Congo dikebumikan dalam kubur besar selepas kejadian itu, menurut Palang Merah Congo, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap angka korban rasmi 74 orang.
No comments:
Post a Comment