Pesawat ringan terhempas
Oleh Adnan Mohamad
Kota Bharu: Seorang pelatih pusat latihan penerbangan, Asia Pacific Flight Training (APFT) nyaris maut apabila pesawat ringan yang dinaiki terhempas di kawasan lapang berdekatan Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, di sini.
Kejadian berlaku kira-kira 12.30 tengah hari tadi menyebabkan M Shankar, 20, parah kerana mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kaki sebelum dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ), di sini.
Difahamkan, mangsa sedang menjalani latihan penerbangan seorang diri dengan memandu pesawat ringan jenis Piper Warrior.
Bagaimanapun dia dipercayai gagal mengawal pesawat itu selepas mengesan kerosakan pada enjin sebelum pesawat itu menjunam.
Bagaimanapun dia dipercayai gagal mengawal pesawat itu selepas mengesan kerosakan pada enjin sebelum pesawat itu menjunam.
Beberapa penduduk turut mendakwa enjin pesawat itu sudah berhenti, sebelum ia terhempas di kawasan berkenaan.
No comments:
Post a Comment