Transkrip penuh MH370 didedah: Suara siapa?Paparan muka depan BH hari ini.
Transkrip komunikasi tak didedah bagi bantu siasatan, dikongsi keluarga penumpang

Kuala Lumpur: Transkrip komunikasi antara juruterbang MH370 dengan Pusat Kawalan Udara (ATC) pada awal pagi 8 Mac lalu didapati tidak mengandungi unsur luar biasa.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kandungan komunikasi tidak didedahkan sebelum ini bagi membantu siasatan, turut dikongsi bersama keluarga semua penumpang dan anak kapal. 
Pergerakan konsisten 



Katanya, sebelum ini MAS memaklumkan siasatan awal mendapati suara terakhir ketika komunikasi milik pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid, tetapi ia masih dalam siasatan polis dan pemeriksaan forensik sedang dilakukan ke atas rakaman sebenar komunikasi itu.

Hishammuddin berkata, pasukan penyiasatan antarabangsa dan pihak berkuasa Malaysia sehingga kini kekal dengan pendapat bahawa pergerakan MH370 adalah konsisten dengan tindakan seseorang dalam pesawat sehingga ia hilang daripada radar tentera.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk transkrip komunikasi antara juruterbang MH370 dengan Pusat Kawalan Udara atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/