'Kalau Anwar penting, dah lama Obama nak jumpa'
Tarikh: April 24, 2014
SHAH ALAM - "Anwar kena sedar kalau dirinya penting bagi Presiden Amerika Syarikat (AS), sudah tentu Barack Obama akan menemuinya semasa lawatannya ke Malaysia hujung bulan ini."
Demikian respon Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berhubung kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalahkan kerajaan kerana 'keengganan' Obama bertemu dengannya.
Shamsul berkata, sekiranya Obama memutuskan tiada perjumpaan dengannya, Anwar tidak perlu menyalahkan orang lain termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Sikap Anwar yang suka menyalahkan orang lain nampaknya menjadi amalan biasa beliau.
"Sebab itu saya tidak hairan kalau beliau turut menyalahkan Umno dan Perdana Menteri kalau beliau tidak dapat menemui Obama.
"Saya hanya hendak kata cermin diri dulu dan lihat diri sendiri. Jangan suka menyalahkan orang lain sahaja," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Terdahulu Anwar dalam satu kenyataannya percaya bahawa Obama menghadapi tekanan supaya tidak mengadakan pertemuan dengannya apabila pemimpin AS itu melawat Malaysia hujung minggu ini.
Katanya, beliau percaya Obama menghadapi tekanan daripada Najib supaya tidak menemuinya apabila Presiden AS itu melawat Malaysia yang dijadualkan bermula Sabtu ini untuk bincang perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).
Dalam pada itu, tambah Shamsul adalah lebih baik Obama tidak menemui Anwar, kerana baginya Anwar akan mengguna kesempatan tersebut untuk memburukkan Malaysia.
"Secara peribadi, saya rasa elok sangat Obama tidak menemui Anwar dalam lawatannya ke Malaysia kerana saya yakin Anwar akan menggunakan kesempatan untuk menyalahkan negara dan mengaitkan Perdana Menteri berkaitan isu dirinya.
"Beliau pasti berharap Obama menggunakan pengaruhnya bagi mempengaruhi kerajaan," jelasnya.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
No comments:
Post a Comment