Demam katil berapi
Oleh Khairul Hamizy Ramlee
Kuala Terengganu: “Pada mulanya, saya menyangka demam saya semakin melarat, tetapi rasa bahang itu berpunca daripada kebakaran,” kata Mohd Syahir Safaat, 19, penghuni asrama kolej di Pulau Kambing, di sini, yang musnah akibat kebakaran dalam kejadian jam 11.30 pagi, semalam.
Insiden itu dipercayai akibat litar pintas di kabel elektrik di asrama dua tingkat berkenaan sebelum merebak ke seluruh bangunan asrama.
Mohd Syahir berkata, ketika kejadian, dia sedang berehat di tingkat bawah asrama kerana demam panas manakala sembilan rakan lain yang tinggal bersama di asrama itu sedang menghadiri kuliah.
“Ketika berehat saya berasa badan amat panas, namun tidak menghiraukannya kerana fikir demam semakin melarat. Bahang terlalu panas menyebabkan saya tidak dapat melelapkan mata sebelum terkejut apabila melihat api menjulang ke arah katil.
“Ketika berehat saya berasa badan amat panas, namun tidak menghiraukannya kerana fikir demam semakin melarat. Bahang terlalu panas menyebabkan saya tidak dapat melelapkan mata sebelum terkejut apabila melihat api menjulang ke arah katil.
MOHD Syahir (kiri) melihat keadaan basikal yang musnah dalam kebakaran.
“Selepas itu, baru saya sedar bahang panas itu bukan akibat demam, tetapi daripada kebakaran yang merebak di katil pelajar lain. Tanpa berlengah, saya bergegas keluar dan meminta bantuan jiran depan asrama sebelum ke balai bomba tidak jauh dari asrama itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
No comments:
Post a Comment