- Anwar: Ya, saya akan ke penjara lagi
- Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau yakin terpaksa kini hampir tiada jalan lain dari segi undang-undang untuk menghadapi tuduhan Liwat II.
Dalam satu wawancara dengan majalah antarabangsa The Diplomat, ketua pembangkang itu berkata beliau yakin akan kembali ke penjara kerana tidak mendapat pendengaran yang adil di mahkamah.
"Melihat kepada nama hakim (Mahkamah Rayuan) dan cara mereka mempercepatkan proses tersebut, mereka malah tidak membenarkan saya meminta beberapa hari untuk mendapatkan dokumen perubatan.
"Maka, melihat kepada penghakiman (Mahkamah Rayuan) saya fikir ia secara asasnya cacat, kerana mereka tidak menangani fakta yang disalahgunakan.
“Maka saya berpendapat, ianya jelas bahawa badan kehakiman bertindak mengikut arahan pemimpin politik mereka.
“Oleh itu, saya tidak begitu optimis bahawa saya akan mendapat pendengaran yang adil dan saya rasa ia adalah perkara yang sudah pasti.
“Namun begitu, kami berusaha sebaik mungkin untuk endapatkan peguam terbaik untuk mendedahkan porak peranda ini di mahkamah.
“Sejak Karpal Singh meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, saya sekarang terpaksa menghadapi masalah mendapatkan peguam untuk mengetuai pembelaan,” katanya.
Anwar juga mendedahkan bahawa beberapa orang rakannya dari kumpulan Islam di UK berusaha untuk menyakinkan beliau untuk terus berada di London.
[Baca berita penuh]
Thursday, 24 April 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment