Pengawal keselamatan wanita maut dirempuh lori
Tarikh: March 22, 2014
KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan wanita maut dirempuh sebuah lori mengangkut tanah ketika menunggang motosikalnya di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di sini hari ini.
Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Rosli Mohd Noor berkata kejadian berlaku kira-kira 11.45 pagi tadi, ketika Siti Rokiah Md Yit, 54, dipercayai dalam perjalanan pulang dari pasar.
"Siasatan awal mendapati lori tersebut gagal berhenti dan terus melanggar mangsa dari arah belakang ketika mangsa berhenti di lampu isyarat berhadapan Kondo Setia Sky dan menyebabkan mangsa maut ditempat kejadian," katanya.
Sementara itu, saksi kejadian yang enggan dikenali memberitahu Bernama, pemandu lori tersebut tidak sempat menekan brek lalu merempuh mangsa ketika lampu isyarat bertukar merah.
Pemandu lori berkenaan ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai/berbahaya hingga menyebabkan kematian. - Bernama

No comments:
Post a Comment