Setempat
Tunggu ayah pulang dulu
Oleh Hayati Ibrahim dan Siti A’isyah Sukaimi
Putrajaya: “Perasaan kami sekeluarga masih tidak menentu. Tapi, saya tetap setia menunggu kepulangannya,” kata Catherine Tamoh, ibu kepada ketua pramugara pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Andrew Nari yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu.
Berdasarkan gaya percakapan ketika dihubungi Harian Metro semalam, suara ibu kepada empat anak itu kedengaran sangat tenang serta sudi melayan pertanyaan dan berbual dengan wartawan akhbar ini walaupun dalam tempoh singkat.
“Kami sekeluarga tetap menunggunya, malah cucu saya Maira Elizabeth Nari iaitu anak sulung Andrew yang sepatutnya mengambil keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini (semalam) sanggup menangguhkan niat untuk melihat keputusannya.
“Cucu saya belum bersedia mengambil slip keputusan SPM dan mahu menunggu ayahnya pulang ke pangkuan keluarga,” katanya ketika dihubungi, semalam.
“Cucu saya belum bersedia mengambil slip keputusan SPM dan mahu menunggu ayahnya pulang ke pangkuan keluarga,” katanya ketika dihubungi, semalam.
ANDREW
Catherine yang tinggal di Bukit Aup, Sibu, Sarawak menginap di Hotel Marriot, di sini bersama ahli keluarga lain.
“Kami akan tunggu di sini sehingga pesawat berkenaan dijumpai,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya
No comments:
Post a Comment