Sunday, 2 March 2014

Budak Dua Tahun Maut Di Belasah Kerana Tidak Pandai Guna Tandas

on SUNDAY, 2 MARCH 2014
Budak dua tahun bernama Tanilla Warrick Deaves dari Australia dipukul hingga mati. Kerana anak kecil itu kurang pendidikan menggunakan tandas.

Akhbar the Daily Mail melaporkan, Jumat (28/2), tertuduh yang melakukankan keganasan terhadap anak kecil itu bernama Warren James Ross yaitu kekasih ibu Tanilla yakni Donna Deaves. Warren merasa marah kerana Tanilla masih belum belajar buang air kecil dan besar di tandas. Dia pun mengajar anak itu dengan cara kasar. Tanilla dipukul, dihentam ke dinding, dipaksa membersihkan kotorannya.

Bukannya melindungi anaknya, Donna malah acuh tak acuh dan tidak melakukan tindakan apa-apa. Dia bahkan tidak menghubungi pasukan perubatan apabila anaknya terbaring tak bergerak. Tanilla meninggal dua hari setelah tak sedarkan diri.

Donna didakwa dengan hukuman 12 tahun penjara namun dikurangkan menjadi sembilan tahun jika dia mahu menjadi saksi keatas pelakuan kekasihnya Warren.

Walaupun disabitkan kesalahan keatas pelakuan kejamnya itu Warren tidak menunjukkan penyesalan. Ayah kandung Tanilla bernama Adrian Warrick mengatakan dia tidak tahu mengapa Warren boleh melakukan tindakan keji pada budak hanya gara-gara si anak lambat belajar menggunakan tandas. "Siapa yang memberi anda hak menyakiti anak saya. Tidak ada. Dia hanya seorang puteri yang tidak berdaya," ujar Warrick.
sumber: http://dairishare.blogspot.com/
Google0 0 119 119

No comments:

Post a Comment