Tuesday, 30 August 2016

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen...
Melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.
Tidak menunggu lama , tangannya
segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh darisisinya .
Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya..
Tiada siapa yang berdekatan dengannya .
Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya .
Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya .
"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati.
Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan
oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang sedang mereka bina itu.
Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya.
Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg
berada pada aras paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu
mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.
Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.
Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.
Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.
Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.
Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu .
Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana
datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.
Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba
mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan......

Sahabat sekalian,..
Allah sering menjatuhkan rezeki (ibarat syiling td ) iaitu berupa rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyaknya kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita
sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur
dengan kurniaanNya.
Tetapi , acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu ,
barulah kita teringat utk mendongak, menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita...
(Renungan kita bersama)
Mudah2an sama2 kita dpt mngambil manfaat n peringatan utk sesama kita insya Allah..

No comments:

Post a Comment