BERDOALAH UNTUK SYURGA YANG PALING TINGGI
Rabi'ah bin Ka'b al Aslamy, membaktikan dirinya sebagai salah satu pelayan Rasulullah SAW. Ia bertugas untuk mengurus keperluan Nabi SAW pada waktu malam, termasuk ketika beliau akan shalat tahajud.
Suatu ketika selesai shalat tahajud, Nabi SAW berkata kepadanya, "Wahai Rabi'ah, mintalah sesuatu kepadaku!"
"Saya sudah cukup puas dengan melayani keperluan engkau, ya Rasulullah!"
Tetapi Nabi SAW tetap menyuruhnya untuk meminta sesuatu kepada beliau. Kerana terus didesak, akhirnya Rabi'ah berkata, "Ya Rasulullah, aku ingin selalu bersama (yakni, menjadi teman) engkau di surga!"
"Apakah engkau tidak memiliki permintaan yang lain lagi?" Tanya Rasulullah SAW, maksud beliau adalah sesuatu yang bersifat duniawiah, yang beliau mampu memenuhinya seketika itu.
"Tidak ada, ya Rasulullah, hanya itu yang selalu menjadi idaman saya!" Kata Rabi'ah, menegaskan.
"Baiklah," Kata Nabi SAW, "Tetapi engkau harus menolong aku (untuk mewujudkan keinginanmu itu) dengan memperbanyak sujud (sholat) kepada Allah."
Semoga kisah Rabi’ah bin Ka’b al Aslamy ini menjadi inspirasi untuk kita bermatlamat untuk mencapai syurga yang paling tinggi.
Maka saudara, setiap kali ketika berdoa, mintalah kepada Allah untuk kurniaan syurga-Nya yang paling tinggi.
Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada semua dan mengabulkan doa untuk mencapai syurga paling tinggi. Aamiin.
"Sesungguhnya di Syurga terdapat seratus darjat yang Allah sediakan untuk orang yang berjihad di jalan Allah. Antara dua darjat seperti jarak antara langit dan bumi. Maka jika kamu meminta kepada Allah, mintalah al-Firdaus al-A'la. Sesungguhnya ia berada di tengah-tengah Syurga dan tempat yang paling tinggi. Di atasnya terdapat Arasy Allah. Daripadanya mengalir sungai-sungai Syurga. (Riwayat al-Bukhari)
No comments:
Post a Comment