Wednesday, 24 August 2016

KEMEROSOTAN PENGGUNA TEKSI KLIA2 : (Dari Rungutan Pemandu2 Teksi KLIA2).

Pada kebiasaannya selepas Bulan Puasa.. Jumlah Penumpang akan meningkat semula dimana Teksi Bajet Berkupon boleh mendapat diantara 3 hingga 4 trip setiap hari.
Namun dewasa ini jumlah Pengguna dah menurun dimana Teksi Bajet Berkupon hanya rata2 dapat 2 sehari.
Dengan kadar penurunan separuh jumlah Pengguna.

Berdasarkan Info Flight.. Jumlah Penerbangan masih seperti biasa.

Kehadiran Teksi Bermeter di KLIA2 tidak begitu mendatangkan kesan oleh kerana Teksi Bermeter mungkin hanya mengambil dalam anggaran 10% sahaja.
(Berdasarkan jualan tiket Rm.2.00.)

Namun setelah Kereta Sapu tidak lagi dihalang untuk Pikup Pengguna di Lapangan Terbang.. Jumlah Pengguna terus merudum.

Teksi Bermeter yang pikup Pengguna melalui App tidak dibenarkan oleh Pihak SPAD dengan alasan tidak mendatangkan hasil kepada Syarikat Pengendali yang membayar kepada Pihak Premis.
Namun Kereta Sapu yang pikup Pengguna melalui App di Premis yang sama.. juga merugikan Syarikat Pengendali dan Pemandu Teksi berdaftar.
Kenapa tidak diambil tindakan?.

No comments:

Post a Comment