Saya baru lepas habis makan. Datang seorang pakcik duduk meja sebelah, order air kosong sambil termenung. Saya sambung baca buku Adam Smith. Lepas setengah jam, rasa lapar balik, saya order roti kosong.
Roti saya sampai, pakcik ni masih termenung sambil gosok-gosok jari. Dia kemudian menoleh dan minta sedikit roti canai. Saya ajak duduk semeja, saya panggil waiter order makanan, dia gembira lain macam, tangan terketar-ketar. Saya yang jadi sedih. Saya kata uncle order la nasi dengan ayam ke daging ke, saya bayar takpe.
Kami pun bersembang. Dia beri tahu nama dia Mydin Pichay bin Abdul. Umur 70 tahun, lahir disini. Baru lepas operate mata. Isteri dah meninggal. Dulu duduk dengan anak, tapi sekarang dah kena halau keluar. Anak suruh dia kerja, baru boleh duduk rumah. Dia kata dia dah tak larat, tapi dia masih cuba cari kerja, dia kata nak kerja kedai kopi, bancuh air atau cuci pinggan.
Saya tanya tak minta bantuan ka. Dia tunjuk resit BR1M dan resit bantuan ADUN, katanya belum dapat, mungkin bulan depan terima. Saya tanya selalu tidur mana? Dia kata tidur saja mana-mana kadang bawah pondok bawah pokok. Saya tanya duit ada ka? Dia kata takda. Saya bagi sikit duit, saya tulis nama atas kertas, bagi tahu dia kalau pakcik lapar sangat takde makan, talifon saya, kalau saya ada dekat sini saya datang belanja pakcik makan.
Saya bagi tahu saya kerja isnin, selasa, rabu. Saya nak jumpa balik pakcik hari khamis pagi. Saya ingat nak bawakan pakcik ni ke pejabat zakat atau Jab. Kebajikan Masyarakat di Pulau Pinang ni. Sapa ada idea kat mana? Boleh tolong bagi tau.
Kalau sapa nak bantu nak bagi duit boleh la pm. Kalau nak bantu sendiri boleh la cari pakcik ni sendiri, saya jumpa di Restoran Pelita depan USM. Jadi mungkin dia berlegar-legar di sekitar kawasan ini.
Kita ini banyak dosa, kita tak tahu amalan mana yang akan bawa kita ke syurga. InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment