Saturday 6 August 2016

Manusia Kedua Terkaya di Dunia Perkenal Waktu Kerja 3 Hari Seminggu Untuk Stafnya


Lelaki kedua terkaya di dunia, Carlos Slim, nampaknya bukan jenis seorang yang mementingkan wang semata-mata, tetapi juga mementingkan kualiti kehidupan.

Terbaharu, Carlos memperkenalkan waktu kerja 3 hari seminggu untuk pekerjanya dan dia berfikir setiap syarikat di dunia ini perlu mengikuti jejaknya itu.

Namun 'skim waktu kerja rilek' Carlos itu mempunyai pertukaran iaitu tempoh persaraan para pekerjanya akan dilanjutkan.

Bercakap kepada Bloomberg Businessweek, Carlos menjelaskan mengapa semua orang perlu kurangkan bekerja dan melebihkan masa bersantai.

Menurut Carlos, semakin maju teknologi di dunia ,sepatutnya waktu manusia bekerja menjadi semakin kurang.

"Saya fikir mereka patut bekerja tiga hari seminggu, jadi ia boleh memberi ruang kepada orang lain.

"Kualiti hidup dan mempunyai masa empat hari cuti membolehkan menggalakkan banyak pertumbuhan aktiviti ekonomi - seperti pelancongan, hiburan, sukan, kebudayaan dan pendidikan.", kata Carlos.

Carlos merupakan pemilik syarikat Telmex yang bernilai £59 billion.

"Ianya sesuatu yang bagus untuk mengurangkan hari bekerja dan menukarkannya dengan tambahan waktu persaraan. Lagipun, kami sudah memulakan perkara ini di Telmex beberapa tahun yang lalu. Kami memberi peluang kepada mereka yang mempunyai banyak pengalaman untuk tinggal lebih lama dan bekerja hanya beberapa hari sahaja. - Siakapkeli.my

Sumber : Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )
Facebook (8 comments)

No comments:

Post a Comment