Monday 29 August 2016

MAKLUMAN PENUTUPAN BEBERAPA JALAN SEMPENA PERARAKAN HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-59 TAHUN PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG.

GEORGETOWN - Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-59 Tahun Peringkat Negeri Pulau Pinang akan diadakan pada 31 Ogos 2016 bermula pada jam 6.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari.

Menurut YDH. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Bin Wahid perarakan tersebut akan dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas dan beberapa jalan akan ditutup serta digunakan oleh peserta perarakan.

" Peserta perarakan yang berjalan kaki akan berkumpul di Bulatan Jam Besar menuju ke Jalan Pengkalan Weld dan bagi pesarta yang menggunakan kenderaan akan berkumpul di Bulatan Jam Besar menuju ke Jalan Lebuh Pantai."

Menurut beliau lagi perarakan akan dimulakan dari Bulatan King Edward melalui Lebuh Light, Pentas Utama (Persimpangan Jalan Padang Kota / Lebuh Light) terus ke persimpangan Jalan Tun Syed Sheikh Barakbah dan akan berakhir di Dewan Sri Pinang.

Bagi memastikan kelancaran sepanjang perarakan diadakan beberapa jalan akan ditutup bermula jam 7.00 pagi sehingga tamat perarakan iaitu :

 ⛔ Lebuh Light ( dari simpang Jln Kapitan Keling ke Bulatan King Edward).

⛔ Jalan Pengkalan Weld dari Bulatan King Edward ke Lampu Isyarat Jeti Feri.

⛔ Jalan Lebuh Pantai dari Bulatan King Edward ke Persimpangan Lebuh Queen.

⛔ Jalan Lebuh Faquhar dari Persimpangan Jalan Lebuh Leith (Bayview Hotel ke persimpangan Jalan Lebuh Light).

⛔ Jalan Lebuh King dimana sebahagian Jalan tersebut bagi kegunaan anggota Kawalan Kehormatan berkumpul dan peserta persembahan.

YDH. Ketua Polis Daerah Timur Laut turut menasihati orang ramai agar menggunakan jalan alternatif bagi mengelakkan sebarang kesesakan lalulintas. Antara jalan-jalan alternatif yang boleh digunakan oleh orang ramai adalah seperti berikut :

๐Ÿš˜ Kenderaan dari arah Jambatan yg hendak ke Batu Feringgi boleh menggunakan Jalan Masjid Negeri atau Jalan Utama.

๐Ÿš˜ Kenderaan dari Jambatan yang hendak ke Persiaran Gurney atau ke Tanjong Tokong boleh menggunakan laluan alternatif dari Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu terus ke Pengkalan Weld dan masuk ke Lebuh Chulia atau Jalan Penang dan Jalan Burmah.

๐Ÿš˜ Kenderaan dari Persiaran Gurney utk ke Jambatan atau ke Pusat Bandar boleh menggunakan Jalan Larut atau Jalan Anson dan boleh juga melalui Jalan penang.

๐Ÿ‘ฎ๐Ÿป Orang ramai dinasihati agar mematuhi arahan  daripada anggota Polis Trafik yg bertugas serta tidak memotong barisan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan serta kesesakan lalu lintas.

#IPDTimurLaut
#PolisDanMasyarakatBerpisahTiada
#SehatiSejiwa

No comments:

Post a Comment