Friday, 12 February 2016

PELANTIKAN ITU TIDAK KENA DENGAN ‘PROTOKOL’ KERANA PEMIMPIN PALING TINGGI DALAM PAS DILETAKKAN DI BAWAH PRESIDEN UMNO.
Pelantikan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din sebagai Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI) dianggap sebagai satu penghinaan kepada parti Islam itu.
Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, PAS perlu menolak pelantikan Haron itu yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, pelantikan itu tidak kena kerana Haron jawatan paling tinggi dalam PAS tetapi duduk di bawah Presiden UMNO.
“Ia satu protokol yang sangat tidak kena. Bagaimana orang yang memegang jawatan paling tinggi dalam PAS tiba-tiba duduk bawah Presiden UMNO.
“Ini tak kena dari segi protokolnya. Bagaimana penjawat paling tinggi dalam parti dilantik sebagai ketua kelas di bawah Timbalan Perdana Menteri sahaja,” katanya dalam ceramah di Pengkalan Chepa, Kelantan, malam tadi.
The Malaysian Insider melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu mendesak PAS membuat keputusan politik bagi membetulkan perkara itu. – FMT

Tolong Komen & Share

No comments:

Post a Comment