Friday 26 February 2016
98
'Najib enggan terlibat, keluar masa mesyuarat'
Anne Muhammad
26 Feb 2016, malam 8:58
Dikemaskini 26 Feb 2016, malam 9:02
Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini dibuat secara “hati ke hati” dan bukan keputusan mudah untuk dibuat, kata Ketua Penerangan Tan Sri Annuar Musa.
Katanya, akhirnya keputusan sukar harus dibuat kerana MT melihat Muhyiddin dilihat tidak menjalankan tugas membantu Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, dalam mesyuarat tersebut Najib dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi keluar awal dari bilik tersebut kerana tidak mahu turut serta.
“Ini bukan satu keputusan mudah yang dibuat. Berjam-jam presiden ambil keputusan tak nak terlibat (dalam mesyuarat itu jadi) dia keluar… naib presiden Umno Zahid pun tak nak terlibat dia pun keluar.
“Dan kami berbincang sesama kami dari hati ke hati,” katanya kepada pemberita di lobi PWTC.
Annuar (gambar) ketika ditanya adakah dengan tindakan mereka menggantung Muhyiddin akan memberi kesan dalam pilihan raya umum akan datang berkata:
“Ini kira nak mengukuhkan parti untuk PRU14, nak sampai ke PRU14 kita sebagai parti kena bekerja.
“Bagaimana nak bekerja kalau ada penjawat jawatan tidak jalankan tugas, kerana kita nak meneruskan tugas kita kepada rakyat kerana kita nak hadapi pilihan raya, itu pasal kita kena buat keputusan yang pahit,” katanya.
Tak dipengaruhi, kata Tajuddin
Sementara itu, MT Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (gambar) berkata keputusan itu dibuat secara telus dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
“Tentulah tidak dipengaruhi sebab setiap pandangan diberi atas kehendak diri sendiri tidak ada paksaan.
“Ia dibuat secara demokrasi, jangan kata kita tidak demokrasi melainkan kalau kalau kamu tak suka kami, sudah tentu kata kami tidak demokratik,” katanya.
Tajudidin ketika ditanya mengenai keputusan tersebut akan menjejaskan sokongan rakyat berkata:
“Kalau ada macam pertelagahan antara pemimpin-pemimpin di peringkat tertinggi itu lagi akan menjejaskan peluang PRU14.
“Jadi dengan tindakan ini mungkin orang yang tidak setuju beri pandangan berbeza tapi kita kena timbang di antara hadapi suasana parti kita,” katanya yang turut menggesa supaya seluruh akar umbi itu bersatu padu.
261
ARTIKEL BERKAITAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment