Pada masa kini, penyakit bukan lagi sesuatu yang asing. Hampir setiap orang mempunyai kenalan atau saudara yang menghidap penyakit jantung, kencing manis atau kanser, tidak kira bangsa atau latar belakang sosial. Berdasarkan angka semasa, penyakit tidak lagi menjadi sesuatu perkara yang “ingin dihindari.” Peningkatan jumlah pesakit memberi petunjuk bahawa terdapat sesuatu yang perlu diberi perhatian dikalangan masyarakat – samada dari segi pemakanan atau gaya hidup. Mari kita bincangkan penyebab-penyebab penyakit ini supaya kita dapat mengelak penyakit tersebut secara proaktif dan efektif.
“Penyakit Gula” merupakan terjemahan baru di kalangan pengamal perubatan sebagai menggambarkan kehidupan moden dengan pengambilan gula yang berlebihan serta karbohidrat yang ditapis ditambah lagi dengan gaya hidup yang tidak aktif. Gula kini telah dikenalpasti sebagai salah satu penyebab kepada pelbagai penyakit serius. Fikirkan tentang saudara dan rakan-rakan anda yang menghidap peyakit serius dan tanya tentang pemakanan mereka untuk makan tengahari dan makan malam. Sedikit membimbangkan? Penyakit gula hadir dalam 3 jenis – Hipoglisemia, Penyakit Jantung dan Obesiti dan Kencing Manis. Mari ketahui lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment