Monday 22 February 2016

jerawat batu - women online magazine Kredit Foto: myjerawat Jerawat Batu. Ia ialah sejenis jerawat yang sangat mengganggu penampilan. Malah saiznya lebih besar daripada jerawat biasa. Selain itu, jerwat batu juga lebih keras serta lebih sukar dihilangkan dari wajah. Lebih-lebih lagi jika jerawat batu tersebut mengeluarkan nanah. Sudah pasti ia akan membuat anda berasa tidak selesa untuk menjalani kehidupan seharian. Walaupun kebanyakan orang mengaitkan jerawat batu dengan zaman remaja, namun hakikatnya berjuta-juta orang dewasa di seluruh dunia menghadapi masalah jerawat batu. Tidak kira sama ada anda seorang remaja atau orang dewasa, masalah jerawat batu boleh menganggu emosi. Disebabkan masalah jerawat batu sukar untuk untuk dihilangkan, jadi WOM.my ingin berkongsi info untuk mengatasi jerawat batu. Bagaimana jerawat batu terjadi? Di bawah permukaan kulit terdapat banyak folikel (biasanya dipanggil liang roma) yang mempunyai kelenjar minyak. Kelenjar ini menghasilkan dan merembeskan minyak pelindung yang dipanggil sebum. Semasa akil baligh, paras testosteron meningkat dalam kedua-dua jantina. Testosteron berlebihan ini dibawa ke dalam kelenjar sebum dan dengan itu ia meningkatkan pengeluaran sebum. Pada masa yang sama, keratin dalam kulit menjadi melekit tidak seperti biasa dan menyebabkan sebum menutup liang roma dan mengelakkan kulit dari melakukan penggelupasan kulit. Jika folikel terbuka, bahan keratin keluar melaluinya dan comedone akan terbuka seterusnya akan terhasil bintik hitam. Jika folikel tidak terbuka secukupnya, comedone tertutup dan akan terhasil bintik putih, seterusnya keradangan boleh berlaku. Kebanyakan orang yang mengalami masalah jerawat batu mempunyai gabungan kedua-duanya. Papules terbentuk di bawah permukaan kulit apabila dinding folikel pecah dan mencampurkan sel-sel darah putih dengan bakteria. Beberapa hari kemudian, papule ini boleh membentuk menjadi satu pustule (biasanya dikenali sebagai jerawat) apabila folikel itu menjadi merah dan mengandungi nanah. Pustule ini boleh meletup dan merebak di kawasan kulit di sekitarnya untuk membentuk nodul atau sista dalam kes-kes yang teruk. Adakah jerawat batu menandakan kulit kotor? Ya. Jerawat batu berlaku apabila liang-liang roma pada kulit tersumbat. Hormon menyebabkan kelenjar minyak menghasilkan lebih banyak minyak dan mewujudkan persekitaran yang sempurna untuk bakteria membiak. Adakah makanan bergoreng dan coklat menyebabkan jerawat batu? Makanan berminyak dan coklat secara amnya tidak akan menyebabkan jerawat untuk membentuk. Diet yang seimbang dengan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar akan sentiasa membantu keadaan kulit anda dan kesihatan anda.

No comments:

Post a Comment