Saturday, 27 February 2016

Suami Rantai Leher Isteri Akibat Leka Main WhatsApp Hingga Abai Kerja Rumah Oleh: SGBSelangor | 27 February 2016 BERITA| Add Comment » rantai isteri >> Mohd Hamdan Ahmad (tengah) mengaku tidak bersalah merantai leher isterinya yang terlalu leka menggunakan aplikasi WhatsApp KANGAR – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam kerana merantai leher isterinya yang terlalu leka menggunakan aplikasi WhatsApp. Mohd Hamdan Ahmad, 32, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dalam kes yang didengar di hadapan Majistret Mohd Izni Ibrahim. Dia dituduh melakukan kesalahan itu di rumah mereka di Kampung Tok Kuning, di sini, pada 19 Februari lalu. Mengikut pertuduhan, Mohd Hamdan merantai leher Junifawin Dasari, dengan rantai besi pada kira-kira jam 10 pagi kerana didakwa leka bermain aplikasi WhatsApp sehingga mengabaikan kerja rumah. Isterinya, bagaimanapun, lari ke balai polis dengan rantai besi di leher dan membuat laporan. Mereka berkahwin empat tahun lalu dan mempunyai dua orang anak. Mohd Hamdan didakwa mengikut seksyen 342 kanun keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara hingga setahun. Mohd Izni menetapkan jaminan RM5,500 dengan seorang penjamin. Kes itu ditangguhkan untuk memberi masa kepada Mohd Hamdan melantik peguam bela.- SH. Share this: TwitterFacebook1K+PrintEmailGoogleLinkedIn Like this: Related Kasanova Sambut Aidilfitri Di Sebalik Tirai Besi 16/07/2015 In "BERITA" Cabul Gadis 15 Tahun Dalam Bangsal 20/05/2015 In "Lain Lain" Operator Kren Didakwa Cuba Bunuh Anggota Polis 04/04/2014 In "Lain Lain" Post navigation ← Penarikan produk Mars, Snickers tidak libatkan Malaysia Al-Quran Sumber Kekuatan Ketika Serangan Lahad Datu – Datuk Hamza Taib → Leave a Reply Proudly powered by WordPress | Theme: OrangMudaTV by TheJay.

No comments:

Post a Comment