Sunday 21 February 2016
Carian
Search
Trump Gesa Boikot Apple Kerana Enggan Buka Kod iPhone Pembunuh Di San Bernardino
Oleh: SGBSelangor | 21 February 2016 LUAR NEGARA| Add Comment »
tim cook
CALIFORNIA – AMERIKA SYARIKAT. Calon presiden daripada parti Republikan, Donald Trump meminta supaya tindakan boikot dikenakan ke atas Apple sehingga syarikat gergasi teknologi itu membantu bagi membuka kod pada iPhone salah seorang pembunuh di San Bernardino,lapor BBC.
Apple sebelum ini dilihat tidak sehaluan dengan Kementerian Kehakiman Amerika Syarikat yang mengarahkan supaya syarikat terbabit membantu bagi menembusi kod pada iPhone terbabit.
Semalam, Kementerian Kehakiman AS menganggap keenganan Apple untuk bekerjasama tersebut adalah dianggap sebagai strategi pemasaran.
Apple memaklumkan bahawa syarikat berkenaan tidak akan membantu untuk menembusi kod iPhone terbabit berikutan kebimbangan privasi dalam kalangan pengguna.
Telefon pintar berkenaan adalah merupakan milik salah seorang daripada dua suspek yang membuat tembakan rambang di sebuah pejabat berhampiran San Bernardino, California, Disember tahun lalu sehingga mengakibatkan 14 orang terbunuh.
Bercakap ketika sesi kempenya, Trump berkata setiap orang perlu memboikot Apple sehingga mereka bersetuju untuk memberi maklumat tersebut.
Pada Khamis lalu, ma
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment