Sunday 7 February 2016

AHMAD Zahid bersalam dengan Sultan Ibrahim selepas menghadap baginda di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, hari ini. Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kiri). - Foto Mohd Azren Jamaludin JOHOR BAHRU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi, di sini. Ahmad Zahid, yang tiba kira-kira jam 11.10 pagi, berada kira-kira sejam di istana itu, sebelum beredar pada 12.10 tengah hari. Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden UMNO, dijadualkan makan tengah hari bersama anggota Badan Perhubungan UMNO Johor di sebuah hotel di bandar raya ini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/122107?m=1

No comments:

Post a Comment