Friday, 4 September 2015


Pendatang Islam murtad di Jerman

Berlin: Paderi Kristian mengambil kesempatan mengkristiankan pendatang Islam yang mahu memasuki Eropah dan sehingga kini ratusan pendatang dari Iran dan Afghanistan sudah dibaptiskan di Gereja Trinity, di bandar raya ini.
Antaranya, Mohammed Ali Zonoobi dari Syiraz, Iran, yang menundukkan kepala apabila Paderi Gottfried Martens merenjis air suci ke atas rambutnya sambil berkata: “Adakah kamu akan berpisah daripada syaitan? Adakah kamu akan berpisah daripada Islam?”
“Ya,” jawab Mohammed Ali lalu Martens membaptiskan lelaki itu dan kini nama tukang kayu itu ialah Martin, beragama Kristian, tidak lagi umat Islam. Dia tiba di Jerman bersama isteri dan dua anaknya lima bulan lalu. Isterinya, Afsaneh juga memeluk Kristian dan kini bernama Katarina.
Tidak dapat dipastikan sama ada mereka menukar agama kerana percayakan Kristian atau mahu meningkatkan peluang mendapat suaka politik dengan alasan akan dihukum, termasuk kemungkinan hukuman mati kerana murtad jika kembali ke negara asal.
Paderi Martens menyedari ada yang sanggup memeluk Kristian bagi meningkatkan peluang tinggal di Jerman namun apa saja sebab mereka tidak penting kepadanya.
“Ramai yang yakin Kristian akan mengubah kehidupan mereka dan saya jangka hanya 10 peratus tidak akan ke gereja selepas dikristiankan.
Menjadi Kristian tidak menjamin mereka dibenar tinggal di Jerman namun, dengan hukuman mati atau penjara yang lama di Iran dan Afghanistan untuk mereka yang murtad, tidak mungkin Jerman akan menghantar pulang pelarian yang memeluk Kristian.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75233?m=1#sthash.kjgOnQCI.dpuf

No comments:

Post a Comment