Saturday 26 September 2015

Pamer RM28, minta RM60

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
Kuala Lumpur: Lelaki warga Australia kerugian kira-kira RM4,000 selepas dibelasah pemandu teksi di Bandar Menjalara, Kepong, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 2 pagi, mangsa yang berusia 32 tahun dikatakan menaiki teksi itu dari Taman Tun Dr Ismail untuk pulang ke hotelnya di Kepong.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy, berkata suspek kemudian meminta mangsa membayar RM60 sebaik tiba di hotel.
Bagaimanapun, katanya, jumlah itu enggan dibayar mangsa kerana bacaan meter teksi menunjukkan RM28.
"Mangsa hanya bayar RM30. Bagaimanapun, suspek berusia lingkungan 30-an bertindak keluar daripada teksinya dan membelasah mangsa menggunakan kayu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, mangsa yang juga seorang tentera udara turut mengalami kecederaan di mata kiri selain RM1,000 dan jam tangan berharga RM3,000 dirampas suspek.
Munusamy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Artikel ini disiarkan pada : 
Sabtu, 26 September 2015 @ 4:43 PM 
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80326?m=1#sthash.VtWen448.dpuf

No comments:

Post a Comment