Friday, 4 September 2015

Skip to main content Dapatkan BH Plus. Langgan Sekarang. Log Masuk Langgan BERITA Utama Semasa Politik Sukan Dunia Bisnes Jenayah Kolumnis Rencana BH@IT Hiburan Foto Video MEDIA SOSIAL Tun Abdullah Badawi dilantik semula Pengerusi IKIM JUMAAT, 4 SEPTEMBER 2015 - 8:35AM Oleh Nora Mahpar BEKAS Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dilantik semula sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkuat kuasa pada 1 September lalu. IKIM dalam satu kenyataan berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersetuju melantik semula Abdullah sebagai Pengerusi IKIM berkuat kuasa pada 1 September hingga 31 Ogos 2018. "Sementara itu, Perdana Menteri juga bersetuju melantik Prof Datin Dr Azizan Baharuddin sebagai Ketua Pengarah IKIM yang baharu selama dua tahun berkuat kuasa pada 1 September 2015 hingga 31 Ogos 2017," menurut kenyataan itu semalam. Beliau menggantikan Datuk Nik Mustapha Nik Hassan yang menjawat jawatan itu pada 2 Ogos 2009 hingga 1 Ogos 2015 selama tiga penggal. Prof Datin Dr Azizan Baharuddin, 60, sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah IKIM sejak 1 November 2011; profesor di Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Lancaster, United Kingdom selain mempunyai Sarjana Sains dari Kolej Universiti, Universiti London, UK dan Sarjana Muda Sains Universiti Tasmania, Australia. Beliau yang mula berkhidmat di Universiti Malaya sejak 1978 mempunyai banyak pengalaman dan pendedahan di peringkat nasional mahupun antarabangsa dalam bidang agama dan sains, dialog peradaban dan alam sekitar. Beliau dilantik sebagai Profesor dan Pengarah di Pusat Dialog Peradaban dari Januari 2000 hingga 1 September 2011. 

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/79370?m=1

No comments:

Post a Comment