Sunday 20 September 2015

JAKARTA: Banyak masalah melibatkan hubungan Malaysia dan Indonesia boleh diselesaikan dengan cara kekeluargaan berbanding cara diplomatik, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ini berikutan persamaan yang terlalu banyak antara Malaysia dan Indonesia menyebabkan masalah antara kedua-dua negara menjadi agak unik.

"Sejak dulu kita sentiasa ada masalah dengan Indonesia tetapi banyak diselesaikan menggunakan pendekatan informal, peribadi dan bukan hanya secara formal," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat Malaysia di Jakarta di Kedutaan Besar Malaysia di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata hubungan tidak formal boleh membantu penyelesaian banyak permasalahan, yang kadang kala tidak dapat dilakukan secara formal. 

No comments:

Post a Comment