Saturday 19 September 2015

Siapa yang pernah travel seorang diri? Pasti ramai yang pernah merantau seorang diri dan ada juga yang tidak pernah sekali pun berjauhan dengan keluarga.
Ada yang tidak mampu travel seorang diri mungkin kerana takut atau keluarga tidak benarkan kerana bahaya.
Tapi sebenarnya banyak manfaat yang anda akan dapat jika travel dan merantau seorang diri. Yang penting kena berani!
Ini antara 8 sebab kenapa anda perlu travel sebelum menganjak usia 30 tahun!

1. Masih ada masa untuk travel

tumblr_mjhhpmk19o1s6ct2eo1_500
Bila dah masuk umur 30, mesti dah sibuk dengan keluarga dan anak. Mana ada masa nak travel seorang diri. Masa muda ni la banyak masa untuk merantau seorang diri.

2. Rasa bebas

travel-safety-tips-for-women-6
Bila mengembara seorang diri di usia muda, tak ada perkara yang perlu dirisaukan dan rasa bebas. Tidak ada komitmen lain melainkan untuk diri sendiri sahaja.

3. Berdikari dan bertanggungjawab

tumblr_mrs5619SE01qdm00io1_500
Travel seorang diri mengajar untuk lebih berdirikari dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Selalunya kalau ada masalah mintak tolong keluarga atau kawan. Tapi bila seorang diri, hanya diri sendiri sahaja yang membuat semua keputusan.

4. Lebih hargai keluarga dan rakan

parks-and-recreation-nature-hiking
Bila merantau seorang diri, rasa rindu pada keluarga dan rakan akan muncul. Dari situ lah anda akan lebih menghargai mereka dan tahu betapa pentingkan mereka dalam hidup anda.

5. Boleh cuba aktiviti lasak

Bungee-Jump
Masa muda ni, tenaga dan semangat masih tinggi lagi. Masa ni lah anda boleh cuba aktiviti lasak seperti paragliding atau bungee jumping. Bila dah kahwin mana boleh cuba, sebab dah sibuk dukung anak!

6. Tingkat keyakinan diri

giphy_41988606-1307-41bc-ab72-6384539325f1
Bila merantau seorang diri, pasti kita akan bertemu dengan orang asing. Berkenalan dengan mereka mampu tingkatkan keyakinan diri dan hilangkan rasa malu, serta rendah diri.

7. Belajar perkara baru

tumblr_n1ih5fWHRU1ts451fo1_500
Pepatah ada menyatakan, ‘Jauh perjalanan, luas pemandangan’. Apabila travel seorang diri, banyak perkara baru yang kita akan pelajari. Pengalaman merantau seorang diri sangat berguna di masa hadapan.

No comments:

Post a Comment