Friday 18 September 2015

1.jpg
$%Seorang lelaki maut selepas terkena empat das tembakan dilepaskan dua lelaki ketika menuju ke kereta selepas keluar minum bersama dua rakan di sebuah restoran di Jalan Tun Ismail awal pagi tadi.
Kejadian jam 2.20 pagi itu menyebabkan mangsa Arzurizan Abdul Rahman, 39, atau lebih dikenali dengan panggilan Ayahanda Zul Badak maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Ayahanda%2BZul%2BBadak%2B1.jpg
Ayahanda%2BZul%2BBadak%2B2.jpg
Ayahanda%2BZul%2BBadak%2B3.jpg
Ayahanda%2BZul%2BBadak%2B4.jpg

Difahamkan mangsa ditembak ketika sedang ingin menaiki kenderaanya dan suspek dipercayai melepaskan sekurang-kurangnya empat das tembakan.
Ketika kejadian mangsa keluar dari restotan berkenaan bersama dua rakannya menuju ke kereta sebelum sekumpulan lelaki menaiki kenderaan jenis Proton Waja dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu melepaskan empat das tembakan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan(HTAA) di sini untuk bedah siasat dan polis akan memanggil dua
rakannya itu untuk merekodkan keterangan berhubung kejadian.
Katanya, polis masih meneruskan siasatan dan mengklasifikasikan sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Al-fatihah Credit Sinar, Harian Metro, DTR

No comments:

Post a Comment