Sunday 5 July 2015

PEMAIN Chile meraikan kemenangan dengan trofi Copa America selepas menewaskan Argentina di Copa Amerika 2015 bola sepak perlawanan akhir di Stadium Nasional di Santiago, Chile. - Foto REUTER SANTIAGO: Chile merangkul kejuaraan Copa America 2015 selepas menewaskan Argentina, menerusi penentuan penalti 4-1, di sini, sebentar tadi. Ia mengakhiri penantian 99 tahun Chile dan lebih manis lagi kejayaan itu dirakam di depan rakyanya apabila Chile menjadi tuan rumah Copa Amerika kali ini. Kedua-dua pasukan terikat 0-0 selepas beraksi selama dua jam. Penjaga gol Chile, Claudio Bravo mempamer keunggulan apabila menahan bola sepakan rendah E Banega dengan sebelum itu tendangan Gonzalo Higuain tersasar gawang gol. Chile pula memastikan kemenangan selepas menyempurnakan semua empat sepakan penalti. Hanya Lionel Messi yang tampil sebagai penendang pertama berjaya menjaringkan gol untuk Argentina. Sepakan keempat Chile yang memastikan kejuaraan buat tuan rumah disempurnakan oleh Alexis Sanchez. Tiga lagi sepakan disempurnakan oleh M Fernandez, A Vidal dan C Aranguiz. Aksi penuh dramatik itu dengan kedua-dua pasukan sering mengasak disaksikan oleh lebih 50,000 penonton dan penyokong Chile yang membanjiri stadium. Keputusan itu juga menyaksikan bintang Argentina, Messi terus kemarau tanpa kejuaraan untuk negaranya. Skuad kebangsaan Argentina masih tiada membolot trofi kejuaraan untuk tempoh 22 tahun dan Messi pasti akan terus dikritik tanpa sumbangan bermaknanya ketika pasukan memerlukannya. Chile pula pernah ke final 28 tahun lalu tetapi tewas kepada Uruguay di Argentina. Chile muncul naib juara empat kali termasuk ketika menjadi tuan rumah pada 1955. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/65780?m=1

No comments:

Post a Comment