Altantuya: Peguam nafi Sirul akan buat pengakuan di Australia KHAMIS, 9 JULAI 2015 - 11:14AM Oleh Mohd Azrone Sarabatin azrone@bh.com.my KUALA LUMPUR: Peguam Hasnal Rezua Merican menafikan anak guamnya, Sirul Azhar Umar akan membuat pengakuan di mahkamah Australia, minggu depan yang kononnya pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu atas arahan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Beliau berkata, pihaknya sudah menghubungi peguam Sirul di Australia yang mengesahkan tiada prosiding mahkamah membabitkan perbicaraan anak guam mereka minggu depan. Pihaknya kemudian menghubungi Herald Sun Australia dan mereka juga menafikan khabar angin itu dan tiada maklumat mahu pun menyiarkan sebarang berita berkaitan anak guamnya itu. "Sirul Azhar juga mengesahkan tidak pernah mengeluarkan kenyataan kepada mana-mana media termasuk Herald Sun Australia berhubung keputusannya untuk mendedahkan individu tertentu yang mengarahnya membunuh Altantuya. "Kami juga membuat semakan dalam talian akhbar berkenaan dan tiada berita mengenai pendedahan itu dan ternyata ia palsu untuk menjatuhkan maruah dan kredibiliti individu tertentu. "Kami mengesan khabar angin itu awalnya disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp dan kemudian ada individu memaparkannya di laman sosial Facebook," katanya ketika dihubungi hari ini.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/66788?m=1
No comments:
Post a Comment