Wednesday 8 July 2015

8 GOLONGAN MANUSIA YANG RUGI:

1] Orang yang diuji dengan peluang untuk berRamadhan lagi namun puasanya hanya tahan lapar dan dahaga, tidak berusaha untuk mencapai keberkatan Ramadan.

2) Orang yang diuji dengan kesihatan ibu dan ayah namun tidak ada kesungguhan dan keikhlasan dalam mencurahkan bakti kepada mereka.

3] Orang yang diuji dari segi kesihatan lalu dia sembuh namun tidak bersyukur malah iman dan amal ibadatnya tidak meningkat.

4] Orang yang diuji dari segi musibah lalu dia selamat darinya namun tidak bersyukur malan iman dan amal ibadatnya tidak meningkat.

5] Orang yang diuji dengan kesenangan untuk menunaikan ibadah haji/umrah namun iman dan amal ibadatnya tidak meningkat selepas kembali dari Tanah suci.

6] Orang yang diuji dengan kekayaan namun tidak bersyukur dan tidak pula berinfak hartanya untuk membantu orang lain.

7] Orang yang diuji dengan masalah kekeluargaan namun tidak mendahului berusaha untuk mengeratkan kembali silaturrahim.

8] Orang yang diuji dengan peluang menolong orang lain namun pertolongannya diheboh2kan untuk mendapatkan pujian.

No comments:

Post a Comment