SEGALA AMALAN AKAN DIPERHITUNGKAN
Firman Allah SWT dalam surah al-Kahfi ayat 49:
Maksudnya: “ Dan Kitab-kitab Amal dibentangkan, maka engkau akan melihat orang yang berdosa itu merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka berkata: Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau besar, melainkan semua dihitungnya! Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu ada tertulis di dalamnya. dan ingatlah Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorang pun. ”
Ingatlah segala amalan kita akan diperhitungkan samada ia berpahala atau berdosa dan semuanya terserah kepada neraca keadilan yang telah ditentukan oleh Allah SWT. lngatlah wahai muslimin sekalian bahawa setiap pergerakan kita sentiasa diawasi oleh dua malaikat iaitu Raqib dan Atid. Elakkan daripada terjerumus ke dalam dosa termasuk melemparkan tuduhan, prasangka buruk serta bercakap bohong. Setiap apa yang diucapkan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Hanya perkataan-perkataan yang diredai Allah akan dicatat, manakala perkataan-perkataan yang mendatangkan kebencian Allah akan dicatat atas kemurkaan-Nya sampai hari kiamat. Janganlah kita tergolong dalam golongan mereka yang kaya di dunia tetapi miskin di akhirat.
Ingatlah nilai dunia tidak lebih seperti sebelah kepak nyamuk, kekuatan dunia tak lebih dari sarang labah-labah. kampung akhirat jua lah yang kekal selama-lamanya.
Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Zalzalah ayat 7 dan 8:
Bermaksud: “ Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat dzarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) ”.
No comments:
Post a Comment