Monday 25 May 2015

Iman kamjool
PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan pihaknya telah menarik semula sijil halal daripada Secret Recipe Manufacturing Sdn. Bhd. kerana kegagalan syarikat kek terkemuka tersebut mematuhi Amalan Pengilangan Baik (GMP).

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd. Yusoff berkata, pemeriksaan pihaknya mendapati syarikat tersebut telah melanggar manual prosedur pensijilan halal Malaysia yang melibatkan kesalahan-kesalahan kebersihan yang serius.

Tambahnya, penarikan sijil halal pada 7 Mei lalu itu tidak disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk.

Beliau berkata demikian dalan satu kenyataan di sini hari ini. - KOSMO

No comments:

Post a Comment