Wednesday 27 May 2015

~Bismillah~

~Anak-anak buah hati kita. Jangan bandingkan diantara mereka. Yang pandai jangan terlalu dipuji,yang lemah janganlah kita keji.Anak cantik ,anak cerdik ,itu ujian. Cuma pinjaman.ALLAH nak tengok kita demand ke tidak.Anak biasa-biasa ,tak berapa pandai,itu hadiah ALLAH.Dimata manusia mereka biasa saja,tapi siapa tahu kekurangan mereka asbab kita masuk syurga.Tak perlu kecewa anak kita tidak ternama.Mana tahu kalau kaya mereka lupakan kita. Anak yg biasa-biasa ini mgkin menjadikan kita tidak leka dgn dunia dan isinya. Jangan lukai hati anak-anak kita. Terimalah pemberian ALLAH dgn redha. Sayangi mereka sama rata. Doakan mereka tak kira dimana. Maaf dan ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih. Anak-anak kita bersih ,jiwa mereka jernih.Yang salah kita,cepat lupa dgn tipuan dunia. Tataplah mereka penuh amanah. Anak-anak ini dipinjamkan buat kita untuk menjadi ummat Muhammad yg hebat.Bukan membesar untuk dinobat. Jangan bezakan anak-anak kita,kerana diluar sana ramai lagi yg tak merasa jadi ibu bapa...belajarlah malu pada ALLAH,DIA yg sebegitu hebat tak pernah bezakan hamba-hambanya  tapi kenapa kita seorang hamba sangat suka beza membeza. Anak-anak kita juga punya hati dan jiwa.Mana tahu anak-anak  yg kita tak pandang walau sebelah mata akan menjaga kita ketika tua ,akan mendoakn kita hingga kesyurga~
👍👍
Learning process won't stop till death do us part 😌

No comments:

Post a Comment