Sunday 31 May 2015




KUALA LUMPUR: Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini menarik balik saman RM50 juta yang dikemukakan terhadap Ketua Umum PKR itu.

Saiful sebelum ini membuat tuntutan itu selepas mendakwa beliau mengalami kesakitan fizikal dan terpaksa menanggung penderitaan mental sejak 2008 akibat diliwat oleh Anwar.

Anwar, selaku defendan menuduh Saiful berbohong dalam laporan polisnya dan menyifatkan ia sebagai fitnah dan konspirasi untuk menjatuhkannya. 

Dalam tuntutannya juga, Saiful mendakwa Anwar bertanggungjawab ke atas segala kehilangan dan kerosakan yang terpaksa ditanggung plaintif akibat perbuatan itu.

Sehubungan itu, beliau memohon ganti rugi RM50 juta untuk ganti rugi am, khas, teruk, faedah, kos dan lain-lain relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Dalam keputusan Mahkamah Persekutuan Februari lalu, Anwar kini menjalani hukuman penjara selama lima tahun selepas didapati bersalah meliwat Saiful dalam beberapa kejadian pada tahun 2008. -Siakapkeli.my



No comments:

Post a Comment