Sunday 31 May 2015

05/30/2015 by Ana Ghoib
 

Najib akui boleh tidur lena dengan sokongan 2 pemimpin Perlis

NAJIB_RAZAK_HOUSE

Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau boleh tidur lena apabila mengetahui mendapat sokongan daripada pemimpin utama di Perlis walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyerangnya supaya berundur. – Gambar The Malaysian Insider
Pengakuan Najib itu dibuat dua pemimpin utama negeri paling utara di semenanjung itu, Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menyatakan sokongan kepadanya.
Perdana menteri juga menganggap kedua-dua mereka sebagai “dua harimau” Perlis dengan Shahidan menjadi “orang kuat politik” manakala menteri besar sebagai “orang kuat kerajaan”.
Kata Najib, Shahidan sudah menyatakan sokongan tidak berbelah baginya sebelum ini dan hanya sebulan lalu, Azlan mengambil tindakan sama dengan berikrar tetap menyokong di belakang perdana menteri.
“Dengan ini, saya boleh tidur lena dan tidak berasa kesunyian. Sokongan ini penting kerana kita perlukan kerajaan yang kuat,” katanya di depan kira-kira 5,000 orang di Kangar, Perlis hari ini.
Sebelum itu dalam ucapannya, Azlan menyatakan sokongan padu kepada Najib dan kerajaan.
Shahidan adalah bekas Menteri Besar Perlis yang kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Arau. – Malaysiakini
Plunked your butt down in a chair, rifled out some thoughts on your trusty keyboard ★ Now you know don’t say thank

User Online
Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
Klik Icon Share – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sila Komen - Sebarkan!


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


iklan kedai murah murah shopping online malaysia

No comments:

Post a Comment