Saturday 23 May 2015

Kelihatan entiti seperti hantu muncul di latar belakang pemancing ikan sedang bergambar dengan hasil tangkapan beliau.

Wajah yang menakutkan jelas dapat dilihat di belakang Wayne Foulkes semasa dia memegang ikan kap  di Ponciau Pool, di Wrexham, Wales Utara.

Pemancing itu gembira dengan hasil tangkapannya tetapi kegembiraannya bertukar menjadi ketakutan apabila dia ternampak muka ganas yang berwarna oren di belakangnya.

Kaunselor Ponciau, Paul Pemberton berkata kolam itu mempunyai "masa lalu yang suram", walaupun imej misteri ini telah menjadi tanda tanya penduduk tempatan di situ.


Paul berkata: "Saya tidak percaya apabila saya melihatnya tetapi ia adalah 100 peratus gambar yang tulen dan anda pasti dapat melihat dengan jelas terdapat mata, hidung, gigi dan seluruh muka di latar belakang.

"Saya tahu terdapat beberapa kes bunuh diri di dalam air itu dan ia benar-benar tidak mempunyai masa lalu yang suram.

"Dalam tempoh 30 tahun yang lalu, ada seorang lelaki yang kehilangan nyawa di sana dan seorang yang lain dipanggil Owen yang dipercayai telah membunuh diri di sana juga.

"Tetapi ia adalah misteri di tengah-tengah kampung yang dikelilingi oleh rumah-rumah dan ini adalah laporan pertama kami yang melibatkan hantu.

"Ia pasti membawa senyuman kepada orang-orang di kampung dan saya pasti kita boleh mendapatkan 'Ghostbusters' tidak lama lagi."


- See more at: http://oomedianetworkdot.blogspot.com/2015/05/kelihatan-hantu-di-belakang-pemancing.html?m=1#sthash.wIqZ35tp.dpuf

No comments:

Post a Comment