Sunday, 10 May 2015

dr mahathir mohamad tua

Isu 1MDB dan Tabung haji sekarang rakyat nampak dengan jelas pemimpin tertinggi UMNO sedang bersaing untuk menjadi suara rakyat menuntut supaya kepincangan didedahkan. Kenapakah mereka tidak mendahului Tun Mahathir dalam menjuarai pendedahan skandal yang melibatkan berbilion ringgit tersebut sehingga mengheret Tabung Haji. – Gambar ihsan The Malaysian Insider
Oleh Tan Sri Zainuddin Maidin
1MDB: NASIB BAIK MAHATHIR BELUM MATI
Sesiapa juga yang tidak buta akal akan dapat membaca bahawa nasihat ( arahan?) Perdana Menteri Datuk Seri Najib supaya Lembaga Tabung Haji (TH) menjual semula tanah yang dibelinya dari 1MDB dengan harga RM188,5 juta telah dibuat dalam keadaan panik.
Suatu keputusan yang dibuat dengan gopah gapah dan terburu buru kerana panik tidak mencerminkan kematangan pertimbangan dan menampakan kelemahan pimpinan.
Datuk Seri Najib tentunya mengharapkan tindak balas positif dari rakyat atas keputusannya itu tetapi hakikat sebenarnya telah menghilangkan rasa hormat rakyat dan menjatuhkan maruah kerajaan.
Alasan diberikan oleh Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez bahawa keputusan itu dibuat kerana menghormati sensitiviti pendeposit. Aritnya Lembaga TH tidak senstif terhadap perasaan pendeposit sebelum pekara ini terdedah secara haram.Sensitif kerana telah terdedah dan bukan kerana penghayatan sebati terhadap amanah pencarum.
Penjualan kembali dalam keadaan panik ini jelas memperkuatkan lagi anggapan ramai selama ini tentang kepimpinan Datuk Seri Naib yang flip-flop dan kesilapan dalam membuat beberapa keputusan penting mengenai rakyat dan negara seperti penghapusan ISA dan pembatalan hasrat untuk hapuskan Akta Hasutan
Dalam keadaan kes 1MDB masih dalam siasatan, pendedahan mengenai pembelian tanah 1MDB oleh TH menyebabkan rakyat melihat kebenaran dalam tindakan mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir mempersoalkan masalaah kecurangan dalam pengurusan kewangan 1MBD termasuk hutang berbilion yang tidak dapat dibayar walaupun mereka tidak faham.
Penapaian bahawa pembelian tanah dari IMDB itu bukan sebagai langkah penyelamatan (bailout) sukar untuk diterima oleh rakyat kerana rakyat sekarang beranggapan bahawa pembelian itu cuba disembunyikan dari mereka.
Rakyat sekarang memperhetongkan pendedahan secara haram yang dilakukan oleh sebuah blog telah menyelamatkan wang simpanan mereka dalam Tabung Haji.
Ramai yang “termuntah” apabila Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez mengatakan di TV3 malam ini bahawa penjualan semula tanah yang dibeli dari 1MDB itu adalah untuk menghentikan fitnah dari terus berlaku. Apakah Tun Mahathir telah melakukan fitnah atau Tun Mahathir telah menjalankan perentah Allah untuk mengatakan sesuatu yang benar walaupun pahit?.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib sedang menghadapi tekanan dari rakyat bawahan hingga ke Istana, dari pemimpin pemimpin UMNO; Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin , Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin, naib-naib presiden UMNO dan lain lain lagi mengenai 1MDB yang Najib adalah penasihatnya.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah membantah GST dengan mensifatkan arahan perlaksanaan cukai itu terhadap kerajaan negeri dan kerajaan tempatan tidak masuk akal.
Mulanya Tun Mahathir dianggap sebagai jahat dan khianat dalam pendedahan ketempangan 1MDB tetapi bila disertai oleh pemimpin pemimpin UMNO sendiri maka beliau tidak lagi kesaorangan. Kebangkitan rakyat telah menegakan kebenaran Tun Mahathir yang menyebabkan ramai bertanya : Bagaimanakah jika Mahathir telah mati lama dahulu? Siapakah yang akan mendedahkan pekong 1MDB. Siapakah yang akan berani menjuarai isu ini?
Ramai yang menyatakan kepada saya, nasib baik Mahathir masih hidup.
Marilah kita berdoa agar Allah terus memberikan kesihatan kepadanya dan memanjangkan usianya,tidak sahaja untuk melihat Najib dalam keadaan panik tetapi sehingga dapat melihat negara ini berada di bawah pimpinan yang dapat memulehkan keyakinan rakyat khususnya orang Melayu dan Islam.
Rakyat sedang menungu suatu ucapan penting Presiden UMNO Datuk Seri Najib sempena ulangtahun UMNO ke 69 Isnin ini tetapi pastinya bukan mengenai perletakan jawatan sebaliknya seruan kepada seluruh pemimpin UMNO supaya mengekalkan perpaduan untuk membantu beliau menghadapi cabaran yang lebih besar. – Zamkata
Disclaimer & Privacy Policy: Malaysian Review is only a ‘News Aggregation Sites’ – More info: ★ Malaysian Review Blogezine ★ MRM
Terimakasih atas ihsan pembekal bahan & kredit kembali ke weblog asal.
Plunked your butt down in a chair, rifled out some thoughts on your trusty keyboard ★ Now you know don’t say thank

User Online
Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
Klik Icon Share – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sila Komen - Sebarkan!


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina



iklan kedai murah murah shopping online malaysia

No comments:

Post a Comment