Suami Curang Ketika Isteri Berpantang Di Kampung
Setahun yang lalu, saya pernah menuntut cerai dari suami kerana dia berlaku curang terhadap saya ketika mengandung anak pertama. Tetapi kerana saya masih sayangkan perhubungan kami, saya dan dia rujuk semula.
Alhamdulillah, selepas kejadian itu, hubungan kami kembali pulih. Dia berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya itu lagi. Saya percaya, kerana ada perkara yang membuatkan dia serik yang tidak dapat saya kongsikan bersama.
Tidak lama selepas kami kembali bersama, saya dikurniakan cahaya mata kedua. Alhamdulillah, kami sangat gembira. Dah dapat sepasang, maka lengkaplah keluarga kami. Iya, kami memang merancang inginkan dua anak sahaja.
Selepas bersalin anak kedua, saya pulang ke kampung untuk berpantang. Maka tinggallah si suami di rumah keseorangan. Saya risau, risau makan minumnya tidak terjaga. Tetapi dia menenangkan hati saya, usah difikirkan sangat tentang dirinya. Tahulah dia nak ‘survive’ di rumah tanpa isteri. Lagipun, bukannya dia tidak pernah melalui hari-hari seperti itu.
Sehinggalah ke suatu hari (beberapa hari sebelum tamat tempoh berpantang), saya rasa macam tidak sedap hati. Gelisah tak tentu arah, tak tahu apa penyebabnya. Lalu saya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah di Kuala Lumpur tanpa memberitahu suami.
Sampai di rumah, alangkah terkejutnya saya. Hanya Allah saja yang tahu bagaimana perasaan saya pada ketika itu.
Dalam rumah, penuh dengan barang-barang milik perempuan itu. Baju, alat solek, syampu dan sebagai, lengkap, bagaikan perempuan itu isterinya yang sah.
Paling menyakitkan hati, suami siap letak gambar perempuan itu dalam bilik tidur kami!
Cadar di atas katil, penuh dengan kesan-kesan air nafsu. Saya terduduk dan hampir pitam melihat kesemua itu.
Saya menunggu dia balik, saya minta penjelasan darinya. Wajahnya sayu penuh dengan kekesalan dan tidak berhenti-henti meminta maaf pada saya. Hati dan jiwa saya terasa dirobek dengan pisau yang tajam. Saya sudah hilang rasa cinta pada dirinya.
Apabila ditanya, siapakah perempuan itu. Dia agak berat hati untuk mendedahkannya. Namun setelah dipaksa, perempuan itu adalah rakan sepejabatnya.
Punca kegelisahan saya telah terjawab. Peluang kedua yang saya beri telah disia-siakan. Saya buntu.. sudahlah saya baru saja berhenti kerja di awal waktu mengandung anak kedua. Entah apa tindakan yang patut saya buat. Saya bimbang dengan nasib anak-anak. Apakah saya patut bercerai saja dengan dia?
RELATED POSTS :
- Gambar Proses Mencabut Kutu Sengkenit Di Kepala Ular!YA Allah ular pon ade kutu ke...sakan ular nie..ciptaan ALLAH terbaekk.. Perghhh meremang bulu roma Ular ni x syampu kepala. Pemal… Read More...
- Terharu!! Bagi Nota Maaf Dan Wang Lepas Terlanggar MotosikalSiapa pernah mengalami keadaan anda berjalan ke arah kenderaan tapi terkejut bila mendapati kenderaan kesayangan sudah calar balar, kemek…Read More...
- Pakar Forensik Akan Rungkai Kesahihan Klip Video Skandal UAIKUALA LUMPUR – Polis sudah menghantar klip video seks seorang lelaki mirip penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus, 50, ke Jabatan Forensi… Read More...
- BUDAK PEREMPUAN 11 TAHUN DITELAN ULAR SAWA ADALAH PALSU!!! BUKAN DI MALAYSIAADMIN mendapat berita dan gambar yang mengejutkan menerusi aplikasi WhatsApp yang di post oleh rakan-rakan media sosial. Dikha… Read More...
- Program Makan Daging Biawak Panggang Pula Dah?Program Makan Daging Biawak Panggang Pula Dah? - Kuala Kangsar: Selepas kontroversi program menyentuh anjing di ibu negara baru-baru ini… Read More...
No comments:
Post a Comment