Bekas menteri Umno tubuh parti baru
Bekas menteri penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini melancarkan parti politik baru “prorakyat” yang dinamakan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).
“Selepas bekerja keras lebih dua tahun dan dengan bantuan arahan mahkamah, IKATAN akhirnya berjaya didaftarkan,” kata Kadir.
Kira-kira 300 orang hadir dalam majlis pelancaran parti itu di Seri Kembangan hari ini.
Kadir berkata parti itu tidak pro-BN dan tidak juga pro-Pakatan Rakyat serta selari dengan semangat tokoh-tokoh pengasas negar aitu dan aspirasi generasi akan datang.
Beliau juga berkata tumpuan parti itu bukan untuk berdepan dalam pilihan raya umum akan datang, yang mesti diadakan sebelum 2018.
Ditanya dalam sidang media selepas itu, Kadir berkata IKATAN akan membuat keputusan sama ada akan bertanding atau tidak dalam pilihan raya akan datang apabila tiba masanya.
[Baca berita asal]

No comments:
Post a Comment