Monday, 11 May 2015

05/11/2015 by Ana Ghoib
 

Majlis Tertinggi Umno sokong saya dan Muhyiddin, kata Najib

Malaysian Prime Minister Najib Razak © sits next to his deputy Muhyiddin Yassin (L) during the United Malays National Organisation (UMNO) Supreme Council meeting at its headquarters in Kuala Lumpur on May 11, 2015. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata, perkara tersebut dinyatakan mereka sendiri semasa mesyuarat Majlis Tertinggi yang diadakan di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli

Didesak bekas pemimpin tertinggi parti agar berundur, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengumumkan hari ini, ahli Majlis Tertinggi parti menyatakan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinannya.

Katanya, perkara tersebut dinyatakan mereka sendiri semasa mesyuarat Majlis Tertinggi yang diadakan di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Beliau yang berdepan tekanan susulan isu pembelian tanah syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Lembaga Tabung Haji, juga berkata, pucuk pimpinan parti Melayu itu mahu pemimpin parti di setiap peringkat bersatu mendepani isu yang berbangkit.
“Majlis Tertinggi yang bersidang tengahari ini melahirkan sokongan yang padu kepada presiden dan timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Majlis tertinggi mahu presiden, timbalan presiden dan semua pemimpin tertinggi Umno bersatu dalam satu pasukan menangani segala cabaran dan mengambil tindakan yang positif mengukuhkan lagi kedudukan Umno dan Barisan Nasional (BN) di sisi rakyat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu.
Dengan keputusan tersebut, perdana menteri turut berkata, anggota Majlis Tertinggi berharap mereka diberi peluang menyumbangkan idea supaya isu berbangkit dapat diselesaikan.
“Majlis Tertinggi juga menyatakan, kalau ada sebarang isu berbangkit, ia mengharapkan diberi peluang dan ruang untuk menyumbang idea yang bernas dan cadangan yang positif supaya isu tersebut boleh ditangani dan dicari penyelesaian yang sebaik-baiknya,” kata Najib. – TMI
Plunked your butt down in a chair, rifled out some thoughts on your trusty keyboard ★ Now you know don’t say thank

User Online
Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
Klik Icon Share – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sila Komen - Sebarkan!


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


iklan kedai murah murah shopping online malaysia

No comments:

Post a Comment