Subhanallah! Serban Dan Kopiah Masih Elok Selepas Tertanam 22 Tahun
Kerja penggalian 11 kubur di pekarangan Masjid Jamek Al-Abidi, Simpang Tiga Pasir di Merbok, dekat sini, semalam, menemui serban dan kopiah putih dalam keadaan masih elok walaupun sudah tertanam sejak 22 tahun lalu.
Kecuali kopiah yang hanya terkoyak sedikit di bahagian atas, serban itu masih tidak terjejas dan melilit dalam bentuk asal.
Penemuan itu terhasil apabila Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM) diketuai Sheikh Radzi Abdul Mutalib memantau kerja penggalian semula kubur berkenaan untuk dikebumikan di tanah perkuburan lain di dalam masjid berkenaan, sekali gus memberi laluan kepada pembesarannya.
Serban dan kopiah itu milik Allahyarham Shamsudin Abas yang meninggal dunia ketika berusia lebih 80 tahun pada 1992 dan dikebumikan di masjid itu yang dibina pada 1942.
Cucu ketujuhnya, Rohana Shamsudin, 48, berkata, arwah datuknya dikebumikan bersama serban dan kopiah selepas sakit tua selama dua bulan-hmetro
RELATED POST
- Isu Tumbuk Jurugambar : Inilah Luahan Hati Keluarga Mangsa #MH17Baru-baru ini, berlaku kekecohan di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi, Kuala Lumpur apabila seorang jurugambar New…
- Punca Sebenar Kes Pelajar Didakwa Ditampar Oleh Guru Bahasa Inggeris Sehingga Tinggal Kesan Di Pipi Sebaba Gagal Siap Kerja SekolahSemalam Harian Metro melaporkan bapa kepada seorang pelajar mendakwa anaknya ditampar oleh guru bahasa inggeris seh…
- Bermula Di FB Berakhir Di ....Seorang wanita baru mengenali teman lelakinya melalui laman sosial Facebook (FB) dicekup dalam serbuan Jabatan Agama …
- Lelaki Bunuh Diri Sebab Rupa Kekasih Tidak Secantik Dalam GambarnyaSeorang lelaki nekad membunuh diri dengan terjun dari tingkat 4 di sebuah pusat membeli belah ekoran terkesima meliha…
- Subhanallah! Serban Dan Kopiah Masih Elok Selepas Tertanam 22 TahunKerja penggalian 11 kubur di pekarangan Masjid Jamek Al-Abidi, Simpang Tiga Pasir di Merbok, dekat sini, semalam, men…
0 Comments