Rayu JPN lulus permohonan surat lahir anak
July 15, 2014
RANTAU PANJANG - Seorang bapa memohon belas ihsan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) agar permohonan mendapatkan surat kelahiran anaknya yang berusia 7 tahun, diluluskan secepat mungkin.
Bapa, Salmizi Rashid, 39, berkata, ketiadaan surat lahir menyebabkan anaknya, Mohamad Fitri, 7, tidak dapat memasuki persekolahan di tahun satu.
Menurutnya, kesilapan tidak mendaftarkan perkahwinan selepas berkahwin di Thailand, menyebabkan timbul pelbagai masalah membabitkan urusan persekolahan anaknya.
“Semua surat menyurat termasuklah mendaftarkan semula perkahwinan, bukti surat nikah Thailand, pengesahan penghulu kampung dan saksi disediakan bagi urusan berkenaan.
“Namun saya amat kecewa apabila permohonan yang dibuat sejak 2011 lalu ditolak pihak berkenaan dengan hanya satu panggilan telefon,” katanya.
Salmizi yang juga penebar murtabak berkata, dia tidak mengetahui punca permohonan mendapatkan surat kelahiran anaknya ditolak.
Dia hampir berputus asa dan mahu membuat permohonan baharu memandangkan permohonan pertama berkenaan mengambil masa hampir empat tahun untuk diproses.
Namun katanya, mengenangkan nasib anaknya dia terpaksa berusaha sekali lagi agar masa depan anaknya cerah malah dapat meneruskan persekolahan biarpun lewat setahun.
Menurutnya, dia risau mengenangkan nasib anak keduanya yang bakal dilahirkan menjelang Aidiladha kelak akan mengalami nasib yang sama seperti abangnya.

No comments:
Post a Comment