Sewa rumah sepanjang hayat
August 31, 2014
KANGAR - Pemuda Umno Perlis berharap Baitulmal Perlis akan mengkaji mengenai bantuan perumahan yang diberikan kepada golongan miskin turut dapat diperluaskan kepada golongan muda yang kurang berkemampuan.
Ketuanya, Syed Atief Syed Abu Bakar berkata, berdasarkan maklumat diperoleh, wang zakat yang dikumpulkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) terdapat lebihan setiap tahun.
Katanya, adalah lebih baik wang itu digunakan bagi membantu golongan muda yang berusia 20-an ke atas yang sudah berkeluarga.
“Baitulmal hanya membantu golongan belia miskin berkeluarga yang berusia 35 tahun ke atas, oleh itu kami menyarankan supaya syarat penerima bantuan dilonggarkan sedikit kepada belia berusia 20-an yang tergolong dalam golongan asnaf.
“Ini kerana ramai anak muda gagal memiliki rumah dan terpaksa menumpang di rumah ibu atau mertua selepas mendirikan rumah tangga, malah ada yang terpaksa menyewa rumah sepanjang kehidupan mereka,” katanya semasa menjadi panel Program Sembang Anak Merdeka anjuran Mahasiswa Sekolah Pemikir Jalanan yang diadakan di Restoran D’Dapur Ibuku di sini, kelmarin.
Turut menjadi panel pada program ini ialah Adun Indera Kayangan, Chang Min Kai dan dipengerusikan oleh setiausaha pertubuhan berkenaan, Nur Fatehah Radzi.
Program sembang selama tiga jam itu menyentuh definisi Merdekakah Aku dari pelbagai sudut termasuk kekangan anak muda untuk memiliki rumah di tanah air sendiri.
Syed Atief mengemukakan cadangan bantuan rumah Baitulmal sebagai satu alternatif bagi memudahkan golongan muda kurang berkemampuan mendapatkan rumah.
Bagi Min Kai pula, beliau mentafsirkan kesukaran untuk membeli rumah sebagai cabang jajahan polisi kerajaan yang boleh ditukar mengikut kesesuaian.
Menurutnya. sebagai negara demokrasi, rakyat berhak memiliki rumah setelah berusaha dan memiliki pendapatan yang lumayan.
“Namun bagi yang kurang bernasib baik, ada orang muda yang terpaksa menyewa rumah sehingga ke akhir hayat dan adakah itu kita boleh tafsirkan sebagai Merdekakah Aku.
“Sekiranya PR yang mengambil alih pimpinan negara, mungkin akan ada satu bentuk polisi lain pula yang akan diketengahkan, tetapi ini semua bergantung kepada kita sebagai rakyat menentukan kehidupan yang dipilih sendiri sama ada ia menjamin masa depan atau sebaliknya,” katanya.
Semasa program terbabit, beberapa peserta turut mengutarakan pendapat masing-masing berkaitan merdeka yang turut dikaitkan dengan aktiviti ekonomi negara dengan Israel serta isu perkauman mengenai hak keistimewaan orang Melayu.

No comments:
Post a Comment