MCA tolak pembinaan pusat menyimpan abu mayat
June 1, 2014
KUALA LUMPUR - MCA Wilayah Persekutuan menolak projek pembinaan Pusat Penyimpanan Abu Mayat di Seksyen 2, Wangsa Maju kerana berhampiran kawasan kediaman penduduk.
Pengerusinya Datuk Yew Teong Look berkata majoriti penduduk mengadu tidak selesa dengan pembinaan projek itu.
"Ramai yang tidak setuju kalau ia dibina berdekatan rumah mereka. Ramai yang telah mengadukan perkara ini di pejabat saya," katanya yang juga Ketua MCA bahagian Wangsa Maju kepada pemberita pada kempen membantah projek tersebut hari ini.
Beliau berkata MCA Wilayah Persekutuan mengambil keputusan untuk menghantar memorandum kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib pada 10 Jun ini untuk menggesa diberhentikan projek berkenaan.
Sementara itu Pengerusi Gabungan Perbadanan Seksyen 2, Wangsa Maju, Lim Cheng Hock berkata penduduk terkejut dengan pembinaan pusat itu tanpa pengetahuan mereka.
"Ia memang tidak sesuai kerana berdekatan kawasan kediaman," katanya yang mendiami kawasan itu lebih 30 tahun.
Seorang penduduk setempat Noorraza Tajul Arus, 53, faktor tempat meletak kereta sedia ada yang amat terhad akan menyukarkan lagi keadaan.
"Saya juga risau sebab projek ini berdekatan rumah saya," katanya. - Bernama

No comments:
Post a Comment