GEORGETOWN - Hospital Pulau Pinang (HPP) mencari waris mayat wanita tidak dituntut di Jabatan Perubatan Forensik hospital itu sejak 19 Mei lepas.

Pengarahnya Datuk Dr Yasmin Sulaiman dalam kenyataan di sini hari ini berkata wanita bernama Rohani Hashim, 53, beralamat terakhir di No. 51 Jalan Slim itu meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah.

Beliau berkata waris wanita berkenaan boleh menghubungi Jabatan Perhubungan Awam HPP di talian 04-2225947 untuk maklumat lanjut. - Bernama